"Husnul Mu'asyarah (Pergaulan Baik) Suami Isteri"


Bismilahhirahmanirahim..

Hadith Nabi Muhamaad S.A.W., "apabila suami memandang isteri dan isteri membalas pandangan suami itu, Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. dan apabila suami menggenggam tangan isteri dan isteri membalasnya, maka gugurlah semua dosa dalam keredhaan Allah." (jelesnya dengan orang yang dah berkahwin ni!!)


pergaulan yang baik antara suami dan isteri merangkumi:
1) saling menunaikan tanggungjawab - nafkah zahir dan batin.
* suami menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum, pewangi badan dll. isteri pula hanya perlu taat pada suami selagi tidak mengingkari perintah Allah.

2) saling membahagiakan - saya nak bahagiakan pasangan saya!!
* panggil nama dengan panggilan yang baik, berwajah manis, berlapang dada, menghargai. 5 minit yang pertama dalam sehari mempengaruhi 24 jam selepas itu.

3) saling kasih mengasihi
* 6 bulan sekali bawa pasangan tidur di tempat lain, seperti pergi bercuti, atau hanya perlu tidur di hotel. refreshkan perhubungan.

4) saling memahami dan bertimbang rasa
* perlu untuk memahami latar belakang keluarga pasangan kita

5) saling maaf memaafkan
* sentiasa bermujahadah dalam memaafkan. jika maafkan orang lain kerana Allah, Allah akan bina istana untuk kita di syurga. katakan dalam hati, "syukur pada Allah atas apa yang saya suka dan apa yang tidak suka"

6) saling nasihat menasihati, ingat mengingati, ajar mengajari, tegur menegur.
* teguran yang baik untuk menyedarkan

7) saling menghargai
* jangan tegur pasangan depan anak-anak/ mertua/ orang lain. cuba hargai pasangan.


perkara 1-7 ini harus dijaga dengan dimulai dengan menjaga hati. anda memiliki hati yang bagaimana?? hati terdiri daripada gred grednya iaitu;

A : hati baik. cakap baik (positif). bercakap tentang masa depan. semakin baik hatinya, semakin jauh wawasannya iaitu wawasan akhirat.

B: kalau bercakap, dia hanya bercerita sahaja. dialah penglipur lara. dia tidak mengumpat tetapi dia melaporkan.

C : kalau bercakap, condem orang lain (rendahkan orang lain). takkan terbuka mulutnya selain daripada nak condemkan orang lain. hati gred C ini tidak akan terfikir nak buat baik dengan orang lain.

D : kalau bercakap, cakap pasal "aku". seorang yang sombong, takbur. hanya nampak salah orang lain tetapi tidak salah sendiri.


apa yang penting dalam rumahtangga adalah kejelasan matlamat dalam rumahtangga. material bukanlah penyebab keharmonian rumahtangga. tanamkan dalam keluarga, kita nakkan keredhaan Allah, syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat kelak.
insyaAllah, yakin pada pertolongan Allah. Allah akan tambahkan keberkatan dan kerahmatan dalam keluarga.
bila kita buat kerja di rumah, harap keredhaan Allah, bukan sekadar pujian suami. buat kerana Allah, Allah Mengetahui.
hanya orang yang mengharap rahmat Allah tidak akan kecewa dengan ujian-ujian rumahtangga.


sesi soal jawab berkenaan dengan duduk jauh antara suami isteri kerana mencari rezeki.

kalau sekarang jauh, kena ada ikhtiar untuk duduk sebumbung. jika tidak boleh, mesti tanya khabar selalu. dalam keadaan sibuk, ingat dia. seorang suami dan isteri bertanya khabar, Allah akan pandang. walaupun jaraknya jauh tapi hatinya dekat. doa kuat supaya Allah menjaga hati kita dan pasangan kita. apabila hati kita kuat pada Allah, Allah akan jaga hati kita.

pesanan terakhir sebelum Ustazah Nor Hafizah menutup forum,
"apabila kita nak perbaiki diri orang lain, perbaikilah niat kita untuk Allah."


banyak kelebihan bagi manusia yang bergelar suami dan isteri. itulah indahnya hidup mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. dan nak jadi seorang isteri pun bukannya mudah. moga Allah sentiasa menjaga hati kita.



sabda Nabi Muhamamad S.A.W. yang bermaksud:

"apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya)."

(hadith Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Thabrani)

0 comments:

Post a Comment