PAKAIAN BUDAK BERKUALITI TAPI MURAH.

Bismillahirahmanirahim

Dah bersawang belog ni..lama sangat tak hupdate.Bz yg amat dengan bermacam urusan.
Keje hakiki disamping biz partime yang bercabang2..alhamdulillah rezeki.

Sekarang aktif semula dengan jualan pakaian muslimah dan kanak2 bawah label ZARALYSHA EXCLUSIVE.

Syukur atas limpahan nikmat yang Allah bagi pada kami.

Uolsss yang masih mencari-cari baju raya untuk diri sendiri dan anak2 uolss boleh usha page hakak ye..ZaraLysha Exclusive.Ni haaa contoh DRESS DAN BLOUSE yang super duper comey untuk digayakan gegel uolss di hari raya nanti.

Harga tersangat murah walhal material amat berkualiti.Jangan lupa usha page hakak ye..tenkiuuuu.





Permulaan 2017


Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru sayam2 sahabat blog ana.

Ok permulaan tahun baru nie kalau boleh semua benda kita nak perbaharui kan.Tak kiralah kewangan,hubungan kita dgn org sekeliling,family dan pasangan masing2.
Ana doakan semua yang kita impikan berjaya.
Tapi impian ana..ana nak sangat bantu sahabat2 semua dapatkan KULIT WAJAH SIHAT,BEBAS JERAGAT,JERAWAT DAN CELA.
Nak sangat kita kelihatan lebih muda dari usia..sebenarnya semua ni tak mustahil tau sayam2.

Yang penting kita kena pandai pilih produk penjagaan wajah.
Jangan duk taram je apa2 produk yang kita sendiri curiga dengan kandungannya.

Ana suka promot PRODUK XANZWHITE COSMECEUTICAL daripada SIRIM ni sebabnya kandungan yang ada dalam produk ni terbukti SELAMAT dan HALAL.
Memang kita nak cepat je cantik..kulit flawless..so kebanyakan kita tak fikir panjang akan efek dalam jangka masa panjang.Produlk pemutih yang cepat bagi kulit putih sebenarnya cepat je bagi JERAGAT TUMBUH BAK CENDAWAN SELEPAS HUJAN.
Kenapa?sebabnya lapisan kulit kita dah terhakis..sayang kannn.
Bahan yg terkandung pulak terdiri drpd MERKURI DAN HIDROKUINON...haaaa sebab tu cepat je kulit jadi putih cerah lepas sapu tu.

Ana sendiri pernah tersilap memilih produk skincare..hinggakan kuit jadi oversensitive.Jerawat mencanak naik...Ya Allah...seram bila ingat semula.Oklahh taknak membebel panjang nt uol bosan lak.
Cuma nak syorkan sahabat2 yang ada masalah KULIT SENSITIF,JERAGAT,PARUT JERAWAT DAN KULIT KUSAM jom pakat cuba produk XANZWHITE SKINCARE nie.
Berminat nak tau detail boleh PM ana 016 9371043.


Pure Vitamin C by Zara SkinWhite

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Wow. ..semakin hot !!
Pure Vitamin C by Zara SkinWhite sangat hot selling..
Mampu merawat wajah berjerawat,kulit kusam,bibir kering,detox @ nak cantikkan kulit ..jom amalkan minuman di campur dgn Pure Vitamin C ( Pure Lemon )
Sesuai untuk seisi keluarga.

Vitamin C adalah vitamin paling popular dari vitamin lain.Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.


✿ღ 13 sebab kenapa kita perlu minum PURE VITAMIN C setiap hari ✿ღ
1.Memperkuat daya tahan tubuh
2.Mengimbang paras asid alkali dalam badan.
3.Membuang sisa kumuhan
4.mengurangkan kedutan &tanda cela pada kulit.
5.melegakan sakit gigi&gusi.
6.melegakan saluran pernafasan yg tersumbat
7.penawar jangkitan kerongkong
8.mengurangkan berat badan
9.mengurangkan panas badan
10.membersihkan darah
11.penyumbang tenaga semulajadi
12.menghidrat&menyalurkan bekalan oksigen
13.menjadikan anda 10x kembali remaja
RM30 utk SM / SS RM40 (Tahan sehingga 1 bulan)
Cara makan:
Campur dengan air sejuk kegemaran anda sama ada air manis/jus buah/air kosong.
Bayi 1/4 scoop /2day
Kanak-kanak 1/2 scoop /2day
Dewasa 1-2 scoop/ day
Kulit teruk 2-3 scoop/ day
Boleh juga :
*menjadi masker pd muka 
*mix dengan limau nipis dan gosok kulit kepala.

PM/Whatsapp 016 9371043 (ANA).

Sehari di PJ


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Hari sabtu baru ni temankan papa gi kursus MEN RDT di Petaling Jaya. Sampai dah lewat..cari hotel pun satu hal.Payah betul laa. Ahad tu papa kursus. Kitorg duk berkurung dalam bilik hotel je.Abis je kursus ikut papa balik umah sewa papa di Shah Alam.Singgah jap di Wetworld..setentang je ngan ofis papa.
Takde main air pun.

Suka sgt khalish dpt cuti2 jalan2..adik zara pun apa kurangnya hehehehe.

Pasal kursus tu nanti laa sambung cite..ade keje nak siapkan.

daaaa..









Renungan Di Petang Rabu

Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi. Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita. Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang. Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung” Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki. Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali aku pertikaikan. Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ? Tapi hari-hari yang berlalu buat aku makin faham kenapa semuanya berlaku. Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati? Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu. Tak semua orang mampu ikhlaskan hati. Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.” Kalau ikhlas, kenapa masih menangis? Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab. Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha. “Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.” “Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.” Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya. Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu? Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (: Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun. Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku. Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita. Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya. Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka. Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang. “Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”


Wahai Hati..Berbahagialah Ketika Diuji.

Bismillahirrahmanirrahim,

…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”- (An-Najm: 42-44)
Maniskan senyuman..Ceriakan Wajahmu.

Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.
Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.
Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.
Maka, muhasabahlah.

Wahai calon penghuni syurga,

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.
Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.

Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. 

Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.
Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi?

Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.

Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.
Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.
Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita

Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.
Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana. Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.
Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?
Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati. Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.
Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi. Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian dalam kehidupan ini.

Kita bayangkan sebuah rumah. Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa untuk siap. Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.

Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang mozek, dan sebagainya. Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.

Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.
Lihat. Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya  yang harus dilalui. Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada rumah kita, kan.
Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.

Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini. Pelbagai cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang kita jumpa.
Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanmu.

Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi. Kau menangis semahumu, kau berdialog semahumu.

Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.
Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.
Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusuhan, dia semakin dekat dengan pencipta, dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini.
Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan.

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.
Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang mendatang. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.
Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.

Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita, Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.
Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah. Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia.

Usahakan untuk perbaiki iman. Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.

Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.
Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

Saya rasa ada benarnya ayat ini:
“Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”– (Afdholul Rahman, LangitIllahi.com)
*****

Fungsi setiap item fullset Xanzwhite

Bismillahirahmanirahim..

Ramai yang whatsapp Ana bertanyakan tentang kelebihan dan fungsi setiap item di dalam Fullset Xanzwhite skincare.

Okey rasanya eloklah Ana sertakan gambar fungsi setiap item dalam blog ni sebagai menjawab pertanyaan anda semua ye hehe.

Jika ada yg berminat untuk mengetahui lebih detail kelebihan produk Xanzwhite skincare yang diformulakan serta diinspirasikan daripada SAINTIS-SAINTIS hebat dari SIRIM BERHAD ini,

bolehlah PM/Whatsapp admin di 016 9371043 sekarang.

Nak tanya aje pun takpe..In Shaa Allah akan dilayan sebaik mungkin..:-)







Pilihlah XANZWHITE..takkan menyesal.

Bismillahirahmanirahim


( PILIHAN DITANGAN ANDA)

Hasil penyelidikan saintis SIRIM BERHAD
[✘] 100% tiada bahan kimia berbahaya
[✘] 100% tiada paraben
[✘] 100% tiada hidrokuinon
[✘] 100% SELAMAT
[✘] 100% HALAL





Mampu menyelesaikan masalah kulit wajah anda
Mempunyai 5 Pengiktirafan Antrabangsa


Kelebihan Xanzwhite Cosmeceuticals :
[✔] Berkesan untuk mencerahkan kulit
[✔] Memperbaiki Struktur & Warna Kulit yang Kusam & Tidak Sekata
[✔] Mengatasi Masalah Jeragat, Jerawat & Tompok Gelap
[✔] Mengekalkan Kelembapan & Kesegaran Kulit
[✔] Perlindungan Sinaran UV Radikal Bebas
[✔] Menjadikan Kulit Halus, Sihat & Subur


Jangan tunggu lagi! Bertindak segera! Semakin lama tunggu, semakin banyak masalah di wajah anda. Bayangkan jika masalah kulit wajah anda semakin berkurang.
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK


Ingin cuba?
Whatsapp ANA - 0169371043

Nak hilangkan masalah kulit kusam dan jeragat??Ini jawapannya..

Bismilahirahmanirahim..

Pekabar sahabat semua..arap sihat walafiat ye.
Kak ana sihat je syukur alhamdulillah.


Semalam kak ana dapat banyak wasap dari sahabat2 yang berminat untuk join dropship XANZWHITE SKINCARE.
Tak sangka upenya ramai yang berminat.

Mereka macam kak ana juga..sentiasa usaha untuk cari dan tambah pendapatan sedia ada.


Sekarang ni mmg banyak kos-kos yang perlu kita tanggung.
Kos upah jaga anak,kos minyak kereta, kos makan minum yang semakin mahal dan macam2 lagi.


Kalau harapkan gaji yang sedia ada ni memang tak cukup..
Nak harapkan gaji suami pun tak bestt juga kan.


Kita pompuan ni mmg suka sopim2..cuci2 mata pn dah okay tapi takkan sekadar cuci mata je kott hahahha.


Alhamdulillah, feedback dari pengguna2 xanzwhite pun sangat terbaikkk..dorg puas hati dan kak ana hepiii gituu hihii.

Nasihat kak ana, sayangilah kulit wajah kita.

Jangan mudah2 je guna skincare yang kita taktau kandungannya camne.

XANZWHITE COSMECEUTICALS memang 100% hasil dari kajian saintis2 SIRIM BERHAD yang berpengalaman.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dijamin SELAMAT, HALAL DAN BERKESAN.
Tak caya??cuba dulu kay..wasap kak ana 016 9371043 untuk lebih info.





XANZWHITE SKINCARE: AGEN DROPSHIP DIPERLUKAN SEGERA


Assalamualaikum semua..

Hurmmm kak ana nak umumkan kat sini yg akak dah OPEN DROPSHIP untuk produk XANZWHITE SKINCARE.
So kpd kawan2 semua yang ada bakat berniaga online atau offline boleh wasap kak ana ye..016 9371043.
Produk XANZWHITE ni khas datangnya dari SIRIM BERHAD.
Bahan-bahannya tersangatlah SELAMAT, BERKESAN DAN HALAL.
Nak tau lebih info boleh wasap ye.
Nanti kak ana cite lebih2.
Margin untung agak besar..antara rm20-rm60.
Sape cepat dia dapat..kak ana open untuk 20 org terawal sahaja.


Meh cepat wasap/sms kak ana utk join dropship 

--->>   016 9371043