Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Sehari di PJ


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Hari sabtu baru ni temankan papa gi kursus MEN RDT di Petaling Jaya. Sampai dah lewat..cari hotel pun satu hal.Payah betul laa. Ahad tu papa kursus. Kitorg duk berkurung dalam bilik hotel je.Abis je kursus ikut papa balik umah sewa papa di Shah Alam.Singgah jap di Wetworld..setentang je ngan ofis papa.
Takde main air pun.

Suka sgt khalish dpt cuti2 jalan2..adik zara pun apa kurangnya hehehehe.

Pasal kursus tu nanti laa sambung cite..ade keje nak siapkan.

daaaa..









Azam 2016

Bismilahirahmanirahim

Alhamdulillah syukur dengan rezeki pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepadaku.
Terima kasih ALLAH.
Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya yang dipenuhi dengan limpahan kasih sayang.
Yang penuh dengan keceriaan dan kesyukuran.

Didoakan tahun ini lebih KONSISTEN..
Lebih PERSISTENT...
Tidak mudah boring...
Tidak mudah mengaku kalah.
Supaya lebih SUKSES.
Lebih FOKUS.
Dalam bisnes sampingan dan paling penting pekerjaan hakiki.

In Shaa Allah.




Wajah-wajah kesayanganku...
Termasuklah kedua ibu bapa dan adik beradik yang selama ini susah senang bersama.Amin..

Ragam anak2 buat hati senyum

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas dan beberapa minggu yang lepas adalah hari2 yang agak memenatkan kerana anak2 dan ibu sama2 tak sehat..Zara dijangkiti demam campak aka chicken pox. Lps baik tu zara demam batuk selsema pulak..memang kesian sgt tengok anak tak sehat macam biasa kan. Ibu pun sama2 lembik demam batuk selsema smp skrg baru reda sikit.

Apa boleh buat ujian kecil ALLAH nak bagi haruslah Redha..bayangkan ibu2 lain2 diuji dengan dugaan lebih perit..Allahurobbi jadikanlah aku seorang ibu yang sentiasa TABAH, TABAH dan TABAH.

Adik belum sembuh sepenuhnya si abang pulak demam batuk..sampai muntah2 sepanjang malam. Tengok dah kurus kering jadinya dua2 anak syurga ibu nie..sedihhh tapi ibu sabar..insyaALLAH.













ALHAMDULILLAH atas rezeki yang ALLAH s.w.t kurniakan padaku..suami yang baik dan anak2 yang comel..Syukur padaMU.

Sekitar Majlis Hari Lahir Zara Khalisha

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah..sabtu lepas kami wat jamuan minum petang yg sgt2 simple untuk buah ati kitorg..our baby zara khalisha.

Actually, besday baby zara dah lepas..16/3 tempoh hari. Tapi hujung bulan baru celebrate secara officially. Before that, just bagi or agihkan goodies bag aje kat taska baby zara. So sambutan kat umah pulak just jemput family, sedara mara, jiran2 terdekat dan ofismate. Tapi ofismate takde yg dtg pun..ehhh ade sorg laa wakil..itupun akak yg dah pencen baru2 nie.Thanks kakna sudi hadir memeriahkan majlis ni yerk. Sungguh terharu sob sob..heheh.

Majlis wat kul 3 ptg..habis kul 7 lbh gak laa. Sebab ada yang tak dapat dtg awal coz kerja. Ok takpe..yang penting korg sudi hadir yer.

Ok nak tepek gambar2 sekitar majlis simple tu kat sini..wat kenang-kenangan bila anak2 dah beso nanti boleh tengok gambo2 dorg masa kecik2 kannn..



















Tu aje gambar2 yang sempat diambil..lagipun baby zara moody..takmau senyum langsung. Takut agaknya tengok orang ramai sgt..hehehe.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Ibu, papa dan abg doakan adik baby dipanjangkan umur, dikurniakan kesehatan yang baik berpanjangan, dimurahkan rezeki yer cayang..WE LOVE U SOOOO MUCHHHH..!!

Nota : Promosi sabun Nurraysa dengan harga RM100 untuk 3 ketul masih lagi ada yerk..cepat beli sebelum harga kembali kepada asal iaitu RM70 seketul.

Stok XanzWhite & NLC pun masih ada..hehe.

SMS/Whatsapp ana segera di 016-9371043

Zara khalisha @1Year Old

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah...alhamdulillah syukur sgt2 puteri ana dah berusia 1 tahun arini.

Selamat harijadi untuk my lovely gegirl.

Ibu LOVE U sooo muchhhhh cyg.

Dkt2 umo setahun baby ibu ni boleh jalan ye..kiranya umur 11bln dah pandai jalan sendiri tanpa bantuan sapa2.Syukur Allah permudahkan baby ibu ye..:-)