"Husnul Mu'asyarah (Pergaulan Baik) Suami Isteri"


Bismilahhirahmanirahim..

Hadith Nabi Muhamaad S.A.W., "apabila suami memandang isteri dan isteri membalas pandangan suami itu, Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. dan apabila suami menggenggam tangan isteri dan isteri membalasnya, maka gugurlah semua dosa dalam keredhaan Allah." (jelesnya dengan orang yang dah berkahwin ni!!)


pergaulan yang baik antara suami dan isteri merangkumi:
1) saling menunaikan tanggungjawab - nafkah zahir dan batin.
* suami menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum, pewangi badan dll. isteri pula hanya perlu taat pada suami selagi tidak mengingkari perintah Allah.

2) saling membahagiakan - saya nak bahagiakan pasangan saya!!
* panggil nama dengan panggilan yang baik, berwajah manis, berlapang dada, menghargai. 5 minit yang pertama dalam sehari mempengaruhi 24 jam selepas itu.

3) saling kasih mengasihi
* 6 bulan sekali bawa pasangan tidur di tempat lain, seperti pergi bercuti, atau hanya perlu tidur di hotel. refreshkan perhubungan.

4) saling memahami dan bertimbang rasa
* perlu untuk memahami latar belakang keluarga pasangan kita

5) saling maaf memaafkan
* sentiasa bermujahadah dalam memaafkan. jika maafkan orang lain kerana Allah, Allah akan bina istana untuk kita di syurga. katakan dalam hati, "syukur pada Allah atas apa yang saya suka dan apa yang tidak suka"

6) saling nasihat menasihati, ingat mengingati, ajar mengajari, tegur menegur.
* teguran yang baik untuk menyedarkan

7) saling menghargai
* jangan tegur pasangan depan anak-anak/ mertua/ orang lain. cuba hargai pasangan.


perkara 1-7 ini harus dijaga dengan dimulai dengan menjaga hati. anda memiliki hati yang bagaimana?? hati terdiri daripada gred grednya iaitu;

A : hati baik. cakap baik (positif). bercakap tentang masa depan. semakin baik hatinya, semakin jauh wawasannya iaitu wawasan akhirat.

B: kalau bercakap, dia hanya bercerita sahaja. dialah penglipur lara. dia tidak mengumpat tetapi dia melaporkan.

C : kalau bercakap, condem orang lain (rendahkan orang lain). takkan terbuka mulutnya selain daripada nak condemkan orang lain. hati gred C ini tidak akan terfikir nak buat baik dengan orang lain.

D : kalau bercakap, cakap pasal "aku". seorang yang sombong, takbur. hanya nampak salah orang lain tetapi tidak salah sendiri.


apa yang penting dalam rumahtangga adalah kejelasan matlamat dalam rumahtangga. material bukanlah penyebab keharmonian rumahtangga. tanamkan dalam keluarga, kita nakkan keredhaan Allah, syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di akhirat kelak.
insyaAllah, yakin pada pertolongan Allah. Allah akan tambahkan keberkatan dan kerahmatan dalam keluarga.
bila kita buat kerja di rumah, harap keredhaan Allah, bukan sekadar pujian suami. buat kerana Allah, Allah Mengetahui.
hanya orang yang mengharap rahmat Allah tidak akan kecewa dengan ujian-ujian rumahtangga.


sesi soal jawab berkenaan dengan duduk jauh antara suami isteri kerana mencari rezeki.

kalau sekarang jauh, kena ada ikhtiar untuk duduk sebumbung. jika tidak boleh, mesti tanya khabar selalu. dalam keadaan sibuk, ingat dia. seorang suami dan isteri bertanya khabar, Allah akan pandang. walaupun jaraknya jauh tapi hatinya dekat. doa kuat supaya Allah menjaga hati kita dan pasangan kita. apabila hati kita kuat pada Allah, Allah akan jaga hati kita.

pesanan terakhir sebelum Ustazah Nor Hafizah menutup forum,
"apabila kita nak perbaiki diri orang lain, perbaikilah niat kita untuk Allah."


banyak kelebihan bagi manusia yang bergelar suami dan isteri. itulah indahnya hidup mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. dan nak jadi seorang isteri pun bukannya mudah. moga Allah sentiasa menjaga hati kita.



sabda Nabi Muhamamad S.A.W. yang bermaksud:

"apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya)."

(hadith Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Thabrani)

Kursus HRMIS @ Langkawi

Bismilahirahmanirahim...

Minggu lepas i is berkursus HRMIS di langkawi selama 1 week. Rindu tak terkata laa kat anakandaku yang cumel tuh.Bila dh balik ni anak pn demam n batuk2 gak sama macam ibunya. Malam tadi si ibu dan anak sama2 takleh tido lena..asik terjaga coz kebatukan. Pagi td dah minum ubat batuk trus rase ngantu yang amat tapi soo sorry laa i is xbole tdo coz srg adalah waktu untuk bekerja hahaha..silalah bersabar untuk seketika wahai mata..:)




Teringin Mau Hamil Lagi???

Bismilahhirahmanirahim.. Sejak dua menjak nie i is teruja nengok baby2 comey yang melintas depan mata...or gambo2 baby yg cuteeeee tu kat fb. Ntah buang tebiat ker ape hihihiii. Tapi i memang teringin nak tambah baby lagi memndangkan my khalish lagi 3 bln cukuplah 2 years. So org cakap elok sgt laa time ni kalo nak plan tambah baby n bagi khalish adik kan. Since i is merancang kehamilan sebelom nih so kena lar stop kan dulu amik Pil Perancang ituww..:D Haaa tadi terjumpa ini..PANDUAN SENANG HAMIL PERUBATAN ISLAM.. muahaha...elok sgt lar baca kan. Walaupun sblm ni takde laa susah sgt nak lekat pas kawen ritu..tapi sbg persediaan kan kan. So..i is rasa kepada kawan2 di luar sana yang bermasalah untuk hamil elok sgt2 lar baca nie. Mungkin ni salah satu ikhtiar yang perlu kita buat selain dari berdoa kan. InsyaALLAH kalau ade rezeki n dgn izin Allah s.w.t pasti berhasil jugak ikhtiar kita. Selebihnya tawakal sahaja okeyyy...doa jangan lupa cayang2 ku..!!

MooD Deco RumaH

Bismillahirahmanirahim.. Sesi verangan tak habes2 lg..duk teringin nak mendecokan rumah ikut tasteeee aku yang agak peliks nie. Aku suka warna warni yang kalerful gtuw. Tapi setakat ni perabot kat umah aku beli mostly kaler itam n coklat muahaha. Cuma dalam master bedroom je aku choose white kaler.S aku matchingkan ngan cadar n langsir yang kalerful skek. Nampak laa keceriaan si empunya di situ okeh. Aku ni memang suka warna2 yang ceria, pendek katanya berwarna warni and striking colour. Itu utk mendefinisikan bahawasanya aku ini seorang yang MERIAH heeeee. Sila muntah hijau bagi yang meluat okeh kahkahkah. Sekarang perabot yang basic2 tu dah beli laa and yang pastinya Simple pilihanku..Cari yang murah2 saje tak perlu mahal2 asalkan dihatiku berkenan. Cuma duk terpikir nak pasang kitchen cabinet plak..cuma modalnye blom adaa hukhuk.Oleh itu sila bersabar duhai hati.. Ada hati nak berkitchen kabinet bagai..macam lah aku beraktiviti masak setiap hari.Hariku bekerja konpem tak masak laa. Kalo weekend memang konpem aku main masak2 sampai lebam mozek kat dapur kahkah. Over rajin ler konon..ececeh.