6 Tabung Perbelanjaan Berkesan

  • BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

  • Selamat petang..ngantuk pulak petang2 camni kan. Tido bez gak nih huhu. Jom ilangkan ngantuk nak share tips kewangan berhemah hasil pembacaan sebentar tadi. 6 tabung perbelanjaan berkesan.
Financial Freedom Account (FFA)  10%

  • FFA merupakan tabung pelaburan. Simpan 10% pendapatan anda kedalam FFA. FFA berfungsi bagi mengumpul dan menjana pendapatan pasif anda di masa akan datang. FFA adalah tabung pelaburan anda untuk mencapai “financial freedom”, anda boleh melaburkan wang anda ke dalam pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan emas, dan juga pelaburan unit trust. Pelaburan sangat penting untuk mencapai “Financil Freedom”, tanpa pelaburan yang betul, ia akan mencacatkan pendapatan anda 7 tahun akan datang. Pastikan anda tidak terjebak dengan skim cepat miskin. *Pendapatan Pasif: Pendapatan yang diperolehi tanpa anda perlu bekerja.


  • Necessity Account (NA)  55%

  • Necessity Account merupakan tabung bagi tujuan pembelanjaan bulanan anda. Apa-apa saja pembelanjaan yang wajib bagi setiap bulan. Contohnya bill elektrik, air, hutang kereta dan rumah, barang dapur, sewa dan sebagainya. Saya mencadangkan anda untuk menggunakan 55% dari pendapatan bulanan anda bagi tujuan ini. Gunakan monthly Financial statement untuk record aliran keluar masuk wang anda. Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan. Jika terlebih, langkah yang anda patut lakukan adalah membuat check list dan mula memotong pembelanjaan yang kurang penting. Belajar untuk berjimat.

  • Charity Account (CA) 5%

  • Charity Account merupakan tabung untuk anda derma dan memberi pada orang yang selayaknya. Gunakan 5% dari pendapatan anda bagi tujuan ini. Dari tabung CA ini, gunakan ia untuk “add value” pada orang lain, contohnya sedekah pada orang- orang susah, anak-anak yatim, mualaf dan sebagainya. Tidak lupa juga pada ibu dan ayah kita, setiap bulan, berilah mereka wang, ikut kemampuan kita, sebagai tanda bahawa kita ingat pada mereka. Inilah kunci utama kekayaan. “The More You Give the More You Get” Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Surah Al Baqarah ayat 245

  • Fun Account (FA)  10% 

  • Berikan hak pada diri anda dengan tabung ini. FA merupakan tabung untuk reward diri anda. Gunakan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk berseronok bersama keluarga dan rakan- rakan anda. Ambil kesempatan ini untuk menggembirakan orang-orang tersayang. Bawalah mak dan ayah anda ke restoran kegemaran mereka dan belanja mereka. Keluarlah bersama sahabat-sahabat anda, usrah, melancong, berkelah dan sebagainya. FA sangat penting bagi diri anda, kerana ia adalah untuk memotivasikan diri anda untuk mencapai matlamat anda.



  • Long Term Saving For Spending (LTSS)  10% 

  • LTSS adalah tabung simpanan jangka masa panjang anda. Ia berfungsi sebagai modal pembelanjaan besar besar. Gunakan 10% dari pendapatan anda bagi tujuan ini. Gunakan ia untuk tujuan pernikahan woho!, beli kereta, rumah, dan sebagainya. Dan sebelum anda berbelanja menggunakan tabung ini, anda perlu kenal dahulu perbezaan antara Asset dan Liabiliti. Sebabnya, jika anda gagal membezakan, pembelanjaan anda ini mungkin akan membuat usaha anda mencapai financial freedom semakin sukar, dan menyebabkan anda dibelenggu masalah kewangan lagi.

  • Education Account (EA)10%

  • EA merupakan tabung simpanan anda untuk menambah ilmu. Gunakan 10% dari pendapatan anda bagi menambah ilmu anda. Ingat, “ilmu itu cahaya”. Apa yang saya syorkan anda lakukan ialah, gunakan duit dari tabung ini untuk pergi ke seminar kewangan, perniagaan, bengkel pengurusan wang, bengkel menjana pendapatan, membeli buku dan lain-lain. Pesan pakar kewangan, “the greates asset is your mind”. Kerana duit dijana dengan idea. Asar IQ kewangan anda, tajamkan lagi skill business anda, dan mula ambil tindakan untuk mengubah hidup anda.

  • Habits Ramai yang merunggut, “saya mana ada duit, macam mana saya nak urus duit saya, gaji bulan pun tak cukup”. Jika anda seperti ini, maka lagi penting bagi anda untuk urus kewangan anda. Sebenarnya ia tak penting berapa banyak jumlah wang yang anda letak dalam tabung anda, yang penting adalah pembinaan habits menabung itu sendiri. Mulakan langkah hari ini dengan mencari 6 tabung (buat sendiri juga boleh), dan mula menabung. Anda akan terperanjat melihat hasilnya dalam masa setahun. Percayalah. “It is not how much you can earn, it is about how much you can save” Quote dari Robert Kiyosaki. Tiada gunanya jika pendapatan anda RM10,000, jika pembelanjaan anda RM12,000. Belajar dan berdisiplin untuk menabung. Jadikan menabung sebagai habits anda. Kerana Habits yang baik akan menjadikan diri anda luar biasa. Habits inilah yang akan memabntu anda mencapai financial freedom.

  • Alhamdulillah, kita telah habis membincangkan topik berkenaan “6 Tabung Pengurusan Wang yang Bijak”. Baik, ramai pasti tertanya-tanya berkenaan pembahagian peratus tabung tersebut adalah tetap atau ia adalah flexible. Jawapannya ialah flexible, ia bergantung pada keadaan semasa. Anda boleh naikkan peratus untuk tabung Necessity Account (NA), jika anda merasakan 55% itu tidak mengcukupi, atau anda ingin ubah peratus tabung lain. Mengubah peratus mana-mana tabung dibolehkan, apa yang penting adalah adjust mengikut kesesuaian semasa. Apa yang saya syorkan, perubahan yang anda buat itu tidak jauh bezanya dari peratus pengagihan asal. 

  • Kesimpulannya; 

  • Financial Freedom Account (FFA): Tujuannya adalah untuk membina passif income dan mencapai financial freedom. 

  • Charity Account (CA): Tujuannya adalah untuk membersihkan hati dan harta kita. 

  • Education Account (EA): Tujuannya adalah untuk menambah ilmu dan nilai pada diri. 

  • Necessity Account (NA): Tujuannya adalah untuk membelanjakan pada kos keperluan hidup. 

  • Fun Account (FA): Fun account adalah untuk kita reward diri kita, dan memberi motivasi pada diri 

  • Long Term Saving For Spending (LTSS): Tujuannya adalah untuk anda membeli sesuatu bagi menambah nilai dalam hidup.
#Sumber dari sini

Sooo apakah caranya untuk kita baiki kewangan kita selain daripada berjimat cermat dengan gigihnya? Banyakkan berdoa mohon pertolongan dari Allah agar ditambahkan rezeki bukan shj wang ringgit dan harta tapi yang paling penting adalah rezeki kesihatan yang baik dan berpanjangan..kebahagiaan dalam rumahtangga serta jaga hubungan baik sesama rakan taulan, jiran tetangga selain ahli keluarga kita sendiri. Alhamdulillah dengan biz part time ana melalui Zara Beauty Care, ada banyak kebaikannya heheh.

Satu lagi sebelum terlupa...kepada sahabat2 diluar sana yang berminat untuk menambahkan duit poket, boleh pm ana ye. Zara Beauty Care perlukan agen2 jualan untuk produk2 kecantikan seperti BABIES BLINK SKINCARE, XANZWHITE SKINCARE dan NURRAYSA SOAP COLLAGEN serta NURRAYSA SKINCARE. Korang yang takde modal boleh buat secara dropship aje. Kalau ade modal lebih boleh jadi agen terus heheh. SMS or whatsapp ana di 016-9371043 untuk sebarang pertanyaan detail.

0 comments:

Post a Comment