Mau Cepat Settle

Diam tak diam caye dah di tahun akhir pengajian..yess..yess..tak sabow nak tunggu abes.ngeh..ngeh.

dah tak larat mengusung buku ke hulu ke hilir..

dah tak larat memerah otak menyiapkan asenmen..

dah tak larat bangun awal-awal di hujung minggu..

dah tak larat drive cik viva meredah kesesakan di pagi hari utk ke kelas..

dan..dah tak larat mengadap buku menjelang exam.

So harapanku moga2 dapat settle study dalam tahun ni gak.

Seboleh daya tak mau drag ke tahun depan..

Memang tahun 2011 adalah tahun yang agak mencabar..tapi caye tetap perlu kuat..be strong okeh!!

tahun ni gak caye menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dengan ditemani seorang insan kecil yang makin membesar dalam rahimku..Alhamdulillah.

hanya si kecil ini yang dapat menemani caye memandangkan en.suami jauh di perantauan..hehehe.

semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusanku..hanya DIA maha mendengar dan maha mengasihani..amin.

cinta 3 segi ---- kumpulan KRISTAL

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Ulangtahun kelahiran

“Happy birthday to me!!! Happy birthday to me!! Happy birthday! Happy birthday!! Happy birthday to me!!!!”

Tanggal 17 januari 2011 yg lepas maka genaplah usia sye 29 thn.Tak perlu lah saya nak rahsiakan walau ada sesetengah org berasakan angka usia itu perlu dirahsiakan krn tidak mau dianggap telah pn menginjak tua..heheh.Tak kisah la kan. Bagi saya, tua atau muda bukan satu masalah, malah bukan juga satu kelebihan apatah lagi kekurangan. Hakikat sebenar setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran kita ialah usia kita bertambah satu angka lagi dan paling penting, masa hayat kita makin singkat.

Tidak dinafikan, setiap kali ulangtahun, rata-rata ucapan yang sering diberikan ialah semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Tiada siapa pun yang ingin menamatkan riwayat hidupnya segera. Semua manusia yang waras di muka bumi ini, inginkan kehidupan yang lebih panjang dan lama. Sebabnya? Terlalu banyak perkara atau hasrat yang belum ditunaikan. Namun, berapa ramaikah yang meletakkan sasaran untuk melengkapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang diredhai agar mendapar rahmat dan barakah dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat?

Sempena menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-29 ni, saya memasang impian dan cita-cita untuk menjadi isteri solehah, penyejuk dan penenang perkahwinan dan rumahtangga. Juga menjadi bakal pembimbing anak-anak dan keluarga ke jalan yang diredhai oleh-Nya agar jika tiba masa dijemput mengadap Ilahi, sye telah meninggalkan barisan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa mendoakan kami sbg ibu bapanya. Sye ingin memberikan ucapan sayang dan mengucapkan terima kasih kepada mak kerana melahirkan sye ke dunia ini. Setinggi penghargaan dan segunung kasih syg yg tak terhingga juga kpd ayah yg telah menyara sye sejak lahir hingga sye dewasa.

Dan..dh tentu semestinya tak dilupakan malah sentiasa berada di hati ini..seorang lelaki bergelar SUAMI yg sudi menemani sye menjalani hidup sbg seorang ISTERI.Terima kasih abang sayang...segala cinta dan kasih sayang yg abg curahkan takkan syg sia-siakan dan syg hargai sampai syurga.

Hadiah ulangtahun ape yg sye dpt??...sebenarnya tidak ada yg lebih berharga dan beerti selain drpd perhatian dan kasih sayang drpd insan2 yg kte sayangi. Dan sye teramat menghargai insan2 di sekeliling terutamanya suami, mak ayah, adik2 dan sahabat2 sejati yg setia menemani sye selama usia sye 29thn ni...I LOVE UOLS..so much!!

Dan sudah tentunya sye amat bersyukur kpd ilahi krn menganugerahkan kami suami isteri dgn anugerah zuriat yg bakal menjengah dunia tidak lama lagi..Alhamdulillah. Di usia perkahwinan yg masih baru dan genap 2 bln hari ni..kami diberitakan dgn wujudnya cahaya hati kami..sbg tanda cinta kami suami isteri..dan sebagai pengikat kasih antara kami..insyaALLAH. moga segalanya dipermudahkan oleh Allah yg maha berkuasa atas segalanya.

Di kesempatan ini sye ingin mengucapkan...

kpd SUAMI TERCINTA:

terima kasih kerana sudi menemani hidup syg..sudi mencurahkan ksh syg dan cinta kpd syg..sudi mendengar segala luahan dan keluh kesah syg derta tahan melayani kerenah syg yg pelbagai ragam ni..heheh. SYG CINTAKAN ABG SAMPAI SYURGA..!!

kpd SAHABAT2 TERSAYANG:

zana, mekaseh krn sudi menemani hidup sahabatmu ini sehingga skrg..susah senangku mmg sntiasa mendapat perhatian dan sokongan darimu sahabatku..ikatan yg terjalin ini tidak akan berakhir smpai akhir hayat kte. Na doakan zana beroleh segala yg diidamkan dan sentiasa ceria dan gembira yer.

Aja,..mekaseh krn sudi menjadi shbt terbaik kpd sis ana yerk..sudi menjadi teman belajar ana..susah senang menjadi seorg pelajar di usia skrg menjadi lebih mudah dgn adanya teman sebaik aja. Nanti kte grad sesama yerk..hihihi. Sis doakan segala impian dan hajat aja tercapai tak lama lg..aminn.

Nor,..mekaseh gak masih ingat besday na..hehe..tahniah atas title 'umi' yg dh dipegang skang. Moga nor jadi umi yg terbaik utk baby nisrin yer.

neway..sye sntiasa mendoakan semoga rumahtangga sye berkekalan dan berada di bawah perlindungan Allah s.w.t. Moga dijauhkan dari hasad dengki sesama manusia dan diselamatkan dari hasutan syaitan laknatullah. Moga suami sye menjadi seorang suami yg terbaik dan benar2 membahagiakan rumahtangga kami..kekal dgn kasih syg dan cintanya kpd sye sbg isterinya sampai syurga. Dan sye juga nak jadi seorang isteri yg membahagiakan suami tercinta..ingin menemani hidupnya smpai bila2.

Semoga segala harapan dan impian sye terlaksana jua akhirnya..

S.E.P.I

TIADA KATA-KATA DAPAT MENGHURAIKAN BETAPA SEPI DIRIKU DI SAAT INI...


begitu merindui dirinya...

begitu kasihkan si dia..

sedarkah..??

belajar berkata CUKUP..!!

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik.

Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?

'Grass is always greener on the other side'. Kan ?

Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

derita merindu

release tensennn lps exam siang td..



Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

nota anayna: Jom layannn..pe slhnya sesekali melayan prasaan jiwang...aka jiwa karat..ngeh3.

Syukur sebab..




1.Allah selamatkan perjalanan kami ke kuala terengganu pg td.

2.Allah permudahkan urusanku utk mengulangkaji sempena exam esok...(walo pn sekadar membelek buku di dlm kete on the way ke KT td)..ekeke.

3.Allah memudahkan kami membuat pilihan corak batik yg berkenan di hati...so masa telah diselamatkan di ctu dr membazir..

4.Urusan pinjaman perumahan hampir selesai..dh lama sgt bertangguh2 hingga naik serabut kepala ni hah...(agak byk potongan gaji yg bakal berlaku nt tp xpelaa..ni aset utk anak,cucu,cicit akn dtg...ewah2..ayat xleh blah aka sedapkan ati sendiri..pahni sila bwk makanan msk sendiri aka bekal ke ofis yer...hihi.)

5.Terasa diri disayangi dan hati tetap menyayangi si dia...suamiku tercinta.


Alhamdulilah....

senyum

taknak ckp apa-apa dah
.
.
.
juz
.
.
senyum

i just can't lie

aku tak boleh tipu dah
aku memang sedih
tears wont stop
it's hurting me

sorry to say that
i just can't lie
but i hope things will getting better
A.S.A.P...
please....

(T__T)

terima kasih yaaaa

saya gembira sgt sbb awak ada di sisi saya
walo hanya 3 hari saja
saya tau malam ni tido saya takkan lena
sebab saya akan ingat awak..rindukan awak
tapi saya tak kesah sgt sebab saya pasti dapat jumpa awak dlm mimpi saya

detik 12 mlm..

tak sabar saya nak tggu detik itu
sbb itu menandakan genap sebulan kita disatukan
saya sendiri seakan tak percaya
perasaan saya pd awak lebih mendalam slps kita bersatu
betullah cakap orang..'bercinta lps kawen' lebih menyeronokkan

saya tau kekadang saya emooo..
tapi saya nak awak tau, saya jadi gitu sbb saya sayang awak
mungkin awak rasa saya masih kebudak-budakan
tapi saya tak marah awak
sebab saya pun rasa emosi saya masih mcm budak2
itu tak bermakna saya tak penah cuba faham awak
buat awak serabut sbb saya
cuma saya nak tunjukkan yg saya perlukan perhatian awak
macam awak jugak yg perlukan perhatian saya

terima kasih yaaa
sebab buat saya gembira dlm 3 ari ni
saya pun arap awak gembira sepanjang bersama ngan saya
terasa cepat benar masa berlalu bila awak disisi saya
kenapa yer??

terima kasih yaa
sebab tinggalkan perfume kegemaran awak utk saya
saya tau..awak tau saya sukakan bau perfume awak tuu
sebab tu awak tinggalkan utk saya
terharu saya bila awak buat camtu..awak tau tak?

awak..
walo ape pun berlaku
saya nak awak tau
saya tetap sayang awak
sampai syurga

tapi..
saya tetap nak tengok awak gembira walo tanpa saya
mungkin awak akan cakap saya pentingkan diri
tapi dah tentu bukan itu maksud saya
saya hanya ingin bagi awak kebebasan
menentukan dan mencari kegembiraan awak
yang pasti..SAYA TETAP SAYANG AWAK..!!

nota kaki:Tulisan ini sekadar luahan hati seorang isteri yg terpaksa berjauhan dgn suami tercinta...harap jangan ada yang terasa meluat menatapnya..hehehe.